Saturday, March 12, 2011

Jangan Jadikan Alam Sekitar Mangsa Keadaan



Ke arah kehidupan yang lebih kepada era globalisasi..manusia zaman sekarang tidak lagi menghiraukan alam sekitar yang banyak memberi sumbangan kepada kita..jangan kita angkuh..tanpa tumbuhan belum tentu kita dapat hidup di dunia ini kerana oksigen yang telah tercipta daripada proses fotosentesisnya membantu kita untuk terus bernafas hingga ke hari ini..aku bukan bermaksud tumbuhan yang menghidupkan kita..tetapi sudah tentulah yang Maha Esa telah mencipta segalanya..semuanya yang ada di muka bumi ini berpunca dari-NYA..Kita lihat tumbuhan hijau yang mekar tumbuh..bila dijaga tanpa dimusnah..ianya hidup dengan tenangnya tanpa sebarang gangguan..

Tetapi manusia yang mempunyai akal pemikiran kelas ketiga lebih memikirkan keuntungan..mereka sanggup menebang tanpa memiliki lesen yang sah..hanya semata-mata untuk kepuasan..apakah jenis manusia seperti ini? fikirlah untuk generasi kita yang akan datan..tolonglah wahai manusia..aku sebagai sebahagian dari " Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan " aku menyeru mereka di luar sana..bumi kita semakin musnah disebabkan tangan kita sendiri..




Kesannya kita dapat lihat di bawah..sektor industri yang tidak bertanggungjawab..melepaskan sisanya di sungai yang penuh dengan hidupan akuatik..cuba fikirkan rumah-rumah kita dikotorkan orang lain?? adakah kita akan berdiam diri sahaja?? sudah tentu tidak kan..kalau hidupan akuatik ini..boleh melepaskan kemarahannya kepada manusia..sudah tentu kita selalu dimarahi dan dicaci oleh mereka..Jadi sebagai seorang manusia yang berakal..kita haruslah berpikir secara rasional..kembalikan kepada alam sekitar yang lebih baik..

SAVE OUR ENVIRONMENT!!

3 comments:

MaTNaggeR said...

alam sekitar dah makin terancam...

MaTNaggeR said...

alam sekitar dah makin terancam...

Syafiq Rosli said...

matnagger..tahu xpekan..haish..